Dasar Privasi

Success Pro Plt. berdedikasi untuk memelihara hak privasi anda dengan serius. Matlamat dasar privasi ini adalah untuk memaklumkan kepada anda tentang maklumat yang akan dikumpul tentang anda, bagaimana Syarikat menggunakannya, bagaimana data terkumpul tersebut diperlihatkan dan bagaimana data tersebut boleh diubah atau diperbetulkan. Success Pro Plt. akan mengendalikan apa-apa maklumat peribadi yang kami ada secara bertanggungjawab, untuk memastikannya selamat dan terpelihara, dan bersikap terbuka dan jujur tentang prosedur kami. Kami amat menghargai kepercayaan anda.

Maklumat yang dikumpul dan penggunaannya

a. Maklumat Peribadi

Kami akan meminta anda untuk memberikan butiran yang boleh digunakan untuk mengenal pasti tentang maklumat diri anda, seperti nama, gelaran, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan sebagainya dari semasa ke semasa. Maklumat ini dirujuk sebagai “Maklumat Peribadi”. Sekiranya anda tidak bersetuju untuk memberikan Maklumat Peribadi ini, anda mungkin tidak dapat menyertai sebahagian aktiviti atau peluang yang ditawarkan di laman web PROtiLi ini.

i.Penggunaan Maklumat Peribadi oleh Syarikat.

Maklumat Peribadi anda mungkin akan digunakan oleh kami untuk pelbagai tujuan seperti yang disenaraikan di atas, untuk menghubungi anda mengenai laman web kami, dan untuk memaklumkan kepada anda tentang produk dan perkhidmatan perniagaan kami dan lain-lain yang mungkin dapat menarik minat anda. Jika anda memilih untuk tidak menerima maklumat daripada kami mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh PROtiLi, anda boleh menghubungi admin PROtiLi.

ii. Pendedahan yang diperlukan mengenai Maklumat Peribadi ini.

Kami mungkin akan menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan kepada pihak ketiga sebagaimana yang diperlukan untuk tujuan seperti untuk menghantar produk yang ditempah, peraduan, pertandingan, penyelidikan, aktiviti dan sekiranya pihak berkuasa memerlukan Maklumat Peribadi anda sama ada untuk membantu mengelakkan bahaya kepada orang atau harta benda.

b. Koresponden daripada anda.

Maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda di dalam surat atau e-mel yang anda hantar kepada kami disertakan dalam definisi Maklumat Peribadi.

c. Maklumat Bukan Peribadi

Maklumat seperti jenis pelayar(browser) yang anda guna, fail yang diminta, lokasi ketika anda meminta maklumat, URL yang ditekan, maklumat yang serupa dengannya dan maklumat yang disusun dalam bentuk statistik, demografi atau jumlah maklumat tentang pelawat laman web secara amnya dimana mungkin akan digunakan dan didedahkan maklumat ini kepada orang lain yang mana anda tidak dapat dikenal pasti. Maklumat ini dirujuk sebagai “Maklumat Bukan Peribadi”.

d. Kuki(cookies)

Laman web kami menggunakan “cookies”. Kuki(cookies) ialah cebisan kecil maklumat yang disimpan oleh browser anda pada komputer anda. Kuki kami tidak mengandungi sebarang Maklumat Peribadi, tetapi ia membolehkan kami menyimpan item dalam troli beli-belah anda sebagai contoh. Kebanyakan pelayar Web secara automatik menerima kuki, tetapi kebiasaannya anda boleh menukar browser anda untuk menghalang penggunaan kuki. Walaupun tanpa kuki, anda masih boleh menggunakan kebanyakan ciri dalam laman web kami.

Laman ini juga mungkin menyediakan pautan ke laman web yang lain. Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja anda meninggalkan laman ini dan memasuki laman web yang lain, anda mungkin tertakluk kepada praktis dan dasar privasi yang berbeza di mana PROtiLi tidak mempunyai kawalan dan dan tidak bertanggungjawab terhadap laman web yang lain. Sila gunakan kebijaksanaan anda dalam menggunakan pautan tersebut dan apabila mendedahkan sebarang maklumat peribadi di laman tersebut.

Harap maklum bahawa anda berkongsi maklumat dengan orang lain apabila anda kongsi, komen, ulas dan berinteraksi di Laman dengan orang lain. Sila berhati-hati dan menjaga etika ketika berinteraksi dengan orang lain. Apabila orang berkongsi maklumat dan berinteraksi, anda bersetuju untuk menggunakannya hanya pada tahap dan untuk tujuan yang dibenarkan oleh pemilik maklumat sahaja.

PROtiLi berhak mengubah dasar privasi ini mengikut budi bicaranya dengan syarat bahawa sebarang perubahan sedemikian disiarkan di laman web ini. Anda boleh memohon untuk memadam Maklumat Peribadi daripada pangkalan data Maklumat Peribadi pengguna laman web kami sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang perubahan yang dibuat dan sila maklumkan kepada kami di email [email protected].

Sebarang pertanyaan, perubahan atau permasalahan berkaitan dasar privasi ini, sila hubungi admin PROtiLi di email [email protected].