Terma dan Syarat

Selamat datang ke laman web protili.com. Laman web ini dikendalikan oleh Success Pro Plt. Sila baca Syarat Perkhidmatan PROtiLi dengan sebaiknya sebelum menggunakan laman web ini supaya anda mengetahui tentang hak dan kewajipan undang-undang anda berkenaan dengan Success Pro Plt, ahli(affliates), dan anak syarikat.

Menerusi website protili.com, perkataan “kami”, “kita” adalah merujuk kepada pihak PROtiLi. PROtiLi menyediakan laman web ini termasuk segala maklumat, alatan dan perkhidmatan daripada laman web ini kepada anda sebagai pengguna dengan syarat anda menerima semua terma, syarat, dasar dan notis yang dinyatakan di sini.

Dengan melawati laman web kami atau membeli produk PROtiLi atau mendaftar dengan kami, anda telah bersetuju dan terikat dengan semua Terma dan Syarat(“Syarat Perkhidmatan”, “Terma” dan Dasar Privasi seperti yang dinyatakan dalam laman Dasar Privasi) termasuk syarat tambahan dan polisi daripada kami. Terma dan Syarat Perkhidmatan ini dikenakan kepada semua pengguna laman web ini termasuk pelanggan, pengguna, pelayar, vendor dan pembeli.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan ini, anda mungkin tidak boleh mengakses, menggunakan Laman ini atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

1. Laman web ini merupakan hak cipta Success Pro Plt dan disediakan untuk tujuan maklumat, tawaran, pembelian dan komunikasi.

2. Semua kandungan yang disediakan dalam Laman ini adalah untuk mematuhi peraturan dan undang-undang Malaysia dan tidak membuat sebarang pernyataan bahawa maklumat yang ada di dalam Laman ini adalah relevan atau sesuai untuk kegunaan di luar Malaysia.

3. Di Laman ini, kami menawarkan saluran kepada anda untuk mendapatkan maklumat berkaitan produk kami. Sekiranya anda memilih untuk melihat maklumat tersebut, anda telah bersetuju bahawa kami menyediakan maklumat tersebut dengan bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada anda.

4. Emel yang didaftarkan mestilah menggunakan alamat emel peribadi yang sah dan sering digunakan supaya emel notis dapat dihantar kepada akaun emel anda. Sekiranya alamat emel tersebut didaftarkan menggunakan alamat emel orang lain atau emel sementara, mungkin akan dibatalkan tanpa makluman terlebih dahulu. Kami berhak untuk memadam atau membatalkan akaun-akaun sekiranya Pengguna didapati menyalahgunakan emel tersebut untuk mengganggu perkhidmatan kami dengan pelbagai cara sekalipun.

5. Segala penggunaan di laman web ini adalah merupakan tanggungjawab dan di atas risiko anda sendiri. Success Pro Plt. dan/atau anak syarikatnya tidak membuat sebarang pernyataan berkenaan dengan ketepatan, kesesuaian, kekurangan, kesempurnaan dan kekukuhan maklumat dan bahan yang terdapat di Laman ini untuk sebarang tujuan dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dan kecuaian yang terdapat dalam Kandungan atau pada sebarang maklumat di Laman ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

6. Success Pro Plt. ataupun mana-mana pihak yang terlibat dalam mencipta, menerbit atau melaksanakan Laman ini tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan atau kerugian secara langsung, sampingan, turutan secara tidak langsung atau salah laku, kerosakan atau ganti rugi(punitif) berdasarkan daripada akses anda atau penggunaan Laman ini termasuk daripada sebarang Laman Web Pihak Ketiga. Ini adalah termasuk kerosakan kepada atau virus yang mungkin memasuki komputer dan/atau alatan elektronik anda. Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahan dan menegah Success Pro Plt. daripada dan terhadap sebarang tuntutan, termasuk tetapi tidak terhad kepada fitnah, privasi dan pencerobahan harta intelek. Tanpa mengehadkan perkara sebelum ini, semua maklumat yang terdapat di dalam laman web ini disediakan kepada anda “seperti yang ada” dan tanpa sebarang jenis waranti sama ada secara nyata atau tersirat atau sebaliknya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang termasuk untuk tujuan berniaga, tujuan tertentu atau ketiadaan pelanggaran.

7. Semua kandungan dalam Laman ini adalah hak cipta milik Success Pro Plt. Semua Pengguna dibenarkan untuk memuat turun bahan bagi kegunaan peribadi, bukan untuk komersial selagi mana semua hak cipta dan notis proprietari kami dilindungi. Pengguna tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis daripada Success Pro Plt. untuk menyalin, mengedar, memuat naik, mencetak, mengubah atau memindah sebarang Kandungan daripada Laman ini sama ada bagi tujuan awam atau komersial. Sekiranya anda mengepos atau menghantar sebarang bahan pada atau ke atas Laman ini, anda telah memberikan hak bukan eksklusif kepada Success Pro Plt, secara global, berterusan, lesen bebas royalti yang disublesen sepenuhnya.

8. Semua logo, tanda dagangan, slogan, karakter atau tanda perkhidmatan(“Tanda Dagangan”) yang dipaparkan di Laman ini sama ada berdaftar atau tidak atau sebaliknya adalah dimiliki secara eksklusif oleh Success Pro Plt. Tanpa persetujuan daripada Success Pro Plt., sebarang Kandungan di dalam Laman ini tidak boleh ditafsirkan secara tersirat, estopel atau dalam mana-mana cara lain yang memberikan lesen atau hak dalam atau pada tanda dagangan. Dilarang sama sekali untuk anda menggunakan tanda dagangan dan kandungan Laman ini dalam apa jua cara sekalipun selain daripada yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat. Success Pro Plt. akan mempertahankan hakcipta kami sepenuhnya yang dibenarkan oleh undang-undang, dan melindungi hak harta intelek kami dengan komited dalam semua Tanda Dagangan, Laman web dan Kandungannya, termasuk dengan mendapatkan sekatan jenayah.

9. Dalam Laman web ini, terdapat pelbagai maklumat, cadangan, surat, mesej, ulasan, siaran, teks, grafik, perisian, muzik, audio, gambar, video, data, sampel dan bahan lain (secara kolektif, “Kandungan “). Success Pro Plt. menyediakan sebahagian daripada Kandungan dan terdapat juga beberapa Kandungan daripada Pengguna seperti pendapat, pandangan daripada pelbagai platform. Walaupun Success Pro Plt. berusaha sedaya upaya untuk memastikan Kandungan yang disiarkan dan disediakannya di Laman ini adalah tepat, lengkap dan terkini, kami mahupun mana-mana Pengguna tidak boleh menjamin atau bertanggungjawab untuk ketepatan, integriti, kualiti, kesempurnaan atau kekinian di dalam Kandungan yang disediakan oleh kami atau Pengguna sediakan atau sekiranya terdapat Kandungan yang anda tidak suka.

10. Gambar individu atau lokasi yang ditunjukkan di Laman sama ada dimiliki oleh Success Pro Plt., atau digunakan dengan kebenaran. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan gambar-gambar ini melainkan anda mempunyai kebenaran daripada Success Pro Plt. atau selain yang dibenarkan dan dinyatakan di dalam Terma dan Syarat dan Dasar Privasi. Penggunaan gambar tanpa kebenaran mungkin dilarang di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan undang-undang komunikasi, hak cipta, tanda dagangan dan/atau penerbitan.

11. Sila hubungi nombor admin PROtiLi, 019-984 1524 untuk memfailkan aduan sekiranya anda melihat Kandungan di Laman ini atau yang dimuat naik oleh Pengguna lain yang menyalahi undang-undang.

12. Semua Kandungan yang disediakan atau dipaparkan di Laman ini sama ada oleh Success Pro Plt., consultant kami atau Pengguna adalah tidak terlibat dalam menawarkan nasihat atau perkhidmatan perubatan, kaunseling, undang-undang atau profesional lain. Maklumat di Laman web ini dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh consultant kami adalah untuk tujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai ganti kepada nasihat perubatan atau penjagaan kesihatan, atau nasihat pakar mengenai sebarang isu tertentu, atau sebagai satu pertanyaan atau jawapan mengenai kaedah perubatan tertentu atau berkaitan masalah undang-undang. Sebelum memulakan sebarang rawatan baharu, sentiasa dapatkan nasihat mengenai keadaan kesihatan anda daripada doktor pakar atau pegawai kesihatan yang lain.

13. Maklumat Peribadi anda yang diberikan secara sukarela kepada Success Pro Plt. di Laman ini seperti pendaftaran interaktif atau permohonan untuk mendapat sampel, mungkin akan digunakan oleh Success Pro Plt. selaras dengan Dasar Privasi Success Pro Plt.(di laman Dasar Privasi). Ia mungkin digunakan untuk akses dalaman Laman ini dan/atau keperluan pelanggan . Anda bersetuju untuk membenarkan Success Pro Plt. menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan ini seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi Success Pro Plt. apabila anda memberikan maklumat seperti yang dinyatakan.

14. Sebarang maklumat peribadi anda atau orang lain seperti nombor telefon, emel dan apa-apa maklumat berkenaan anda yang boleh dikenal pasti dinasihatkan agar tidak didedahkan di mana-mana tempat sama ada di Laman ini atau di tempat lain. Success Pro Plt. tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat masalah atau isu yang terjadi disebabkan anda mendedahkan Maklumat Peribadi di Laman ini atau di tempat lain. Success Pro Plt. juga tidak dapat menjamin bahawa Maklumat Peribadi anda yang dihantar melalui Internet adalah seratus peratus selamat dan kami berhak menolak sebarang tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang ditanggung sekiranya Maklumat Peribadi anda digodam, dicuri, hilang, rosak disebabkan masalah, kemalangan dan lain-lain.

15. Di dalam Laman ini, mungkin mengandungi pautan ke Laman Web Pihak Ketiga (“Third Party Websites”). Sebarang kandungan atau kredibiliti laman web Pihak Ketiga adalah bukan di bawah tanggungjawab Success Pro Plt. Pautan di laman web Pihak Ketiga juga tidak dianggap sebagai endorsemen oleh Success Pro Plt. Anda bertanggungjawab ke atas sebarang risiko apabila anda mengakses Laman Web Pihak Ketiga. Sebelum masuk ke Laman Web Pihak Ketiga, anda dinasihati untuk membaca Terma dan Syarat di dalam Laman Web Pihak Ketiga terlebih dahulu kerana Terma dan Syarat Success Pro Plt hanya tertakluk di Laman ini sahaja. Success Pro Plt. tidak membenarkan sebarang hiperpautan (hyperlinking) ke Laman ini melainkan telah mendapat kebenaran bertulis daripada kami.

16. Success Pro Plt. juga tidak dapat menjamin atau membuat pernyataan bahawa sebarang Laman Web Pihak Ketiga yang terdapat di Laman ini dapat diakses atau bebas ralat atau tidak akan terganggu.

17. Success Pro Plt. berhak untuk memadam atau mengubah Kandungan di Laman ini pada bila-bila masa tanpa notis. Kandungan di Laman ini mungkin terdapat kesilapan tipografi atau ketidaktepatan teknikal dan maklumat tersebut juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Penerangan pada produk juga mungkin akan diubah dari semasa ke semasa dan tanpa notis terlebih dahulu.

18. Success Pro Plt. juga mungkin akan mengubah Terma dan Syarat pada bila-bila masa sahaja. Anda terikat dengan perubahan yang dilakukan dan perlu melayari dari semasa ke semasa bagi memahami Terma dan Syarat terkini.

19. Success Pro Plt. berhak untuk menafikan atau menghadkan sebarang akses individu atau alamat Internet ke Laman ini tanpa sebarang sebab dan bila-bila masa sahaja.