Penghantaran & Pemulangan

Berapa lamakah tempoh masa penghantaran dilakukan?

Kami memproses dan membuat penghantaran pesanan setiap hari demi memastikan pelanggan berpuas hati dan mendapat pesanan secepatnya.

Semenanjung Malaysia: 2-5 hari bekerja(tidak termasuk hari minggu dan cuti umum)

Sabah/Sarawak: 3-7 hari bekerja(tidak termasuk hari minggu dan cuti umum)

Anggaran masa penghantaran yang dinyatakan adalah hanya sebagai panduan sahaja bermula dari tarikh kami memproses order. HQ tidak bertanggunggjawab terhadap sebarang kelewatan disebabkab oleh kurier. Anda boleh menghubungi admin PROtiLi, 019-984 1524 sekiranya pesanan anda tidak sampai pada masa yang dinyatakan di atas.

Apakah kaedah pengeposan/jenis kurier yang ditawarkan?

Perkhidmatan kurier yang kami tawarkan adalah;

J&T Express atau Ninja Van.

Berapakah harga kos penghantaran?

Kos penghantaran yang dinyatakan seperti di dalam gambar rajah di bawah;

TERMA DAN SYARAT PROTILI (1)

Adakah PROtiLi boleh membuat penghantaran ke luar negara?

Kami membuat penghantaran ke Singapura, Brunei dan Indonesia. Untuk kos penghantaran, anda boleh melihat rajah di atas. Bagi penghantaran ke Indonesia dan negara tersebut, sila hubungi admin PROtiLi, 019-984 1524 untuk membuat sebarang pembelian.

Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat pesanan saya?

Pihak HQ akan segera menghubungi dan menghantar gambar parcel beserta nombor tracking anda.

Bagaimana sekiranya pesanan saya tidak lengkap atau salah?

Anda boleh memberikan maklumat berkaitan masalah pesanan dan gambar yang berkaitan kepada admin PROtiLi, 019-984 1524.

Adakah boleh saya menukar/mengemaskini alamat saya selepas pesanan telah disahkan?

Anda boleh menghubungi admin PROtiLi, 019-984 1524 berkaitan masalah alamat pesanan.

PENGEPOSAN ANTARABANGSA

Sila ambil perhatian sebagai pengimport rekod, penerima bertanggungjawab untuk sebarang bayaran kurier tambahan, levi, cukai, tarif dan bayaran kastam lain yang diperlukan untuk pelepasan. Harap maklum bahawa pesanan yang ditolak atau dibatalkan kerana masalah dengan duti kastam tidak akan dikembalikan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi admin PROtiLi, 019-984 1524.

Bergantung kepada jumlah pembelian, perkhidmatan pos tempatan anda akan meminta untuk membuat prabayar duti dan cukai anda terlebih dahulu. Caj ini akan dihantar kepada anda atau anda akan dibilkan apabila pakej diambil.